Pages

Thursday, May 24, 2012

Kawan II

Assalamualaikum & Greetings.
I'm not in a good mood, yet still writing.
Technically, I'M TYPING.

I don't know myself anymore. So, who am I ?
I'm Iron Girl, seriously. Pony Spark, Tony Stark best neighbor !

Blergh!

Berapa lama aku jadi lemah gemalai macam porrahipokritiputetipalehotakau ?! Berapa lama, kawan ? Let's do some Maths now.

     12
+     5
                  17 months !

=           . .             =

Macam bangang je.
Kenapa? Okay, previous year, aku bertekad untuk jadi sedikit open-minded, and friendly. 
So, kesan positif sangat banyak & it seemed aku gembira ! BUT, THAT'S HEAVENLY NOT ME !
Well, this year, Mrs. Wu, what are you planning to do now ?

I'M GONNA CHANGE !
GO GO GO KAMENANISSE RIDER WU ! WOOO~!

Sepatah kata untuk kawan & diri aku:

  • Observe dulu, sebelum kawan. Whether dia sesuai dengan kita, atau tak. The best thing is kawan je semua, but that's too risky. Jangan observe sampai ke tahap stalker sasaeng gila, tuu memang nak kena campak kat Sungai Nil !
  • Sentiasa buat baik dengan orang, even though betapa busuk keji jijik berulat tahi najis dorang bagi kat kita, tak salah buat baik.
  • PLEASE ! DON'T EVER TRY BEING A BACKSTABBER, HYPOCRITES, TWO-FACES, BIG FAT UGLY FILTHY LIARS. Rakyat macam ni, patut direjam dengan tahi siput baby berduri landak Sumatera Timur Tengah Asia ! Kalau kau tak tipu, kawan kau pun tak tipu kau !
  • Biar orang ingat kita pasal benda benda baik sahaja. Janganlah, bagi orang ingat kita, pasal benda yang tak senonoh.
Anis A : Kau ingat tak Anis Z ?
Anis B : Oh, yang mana eh ?
Anis A : Nama dia sama dengan kita tuu.
Anis B : Bodoh, memang lah. Oh, wait ! Yang merokok daun pisang goreng gulai masak lemak santan kelapa muda kat belakang rumah Yap Ah Coyy tuu ?
Anis A : Yea lettuw~

  • Jangan kedekut dengan kawan. Allah bayar sangat cash ! Kalau kau bagi tahi bangang kat orang, orang bagi lagi najis busuk kat kau. HUKUM KARMAAAAAAAA~!
  • Kadang-kadang apa kita buat, kita tak sedar yang kita buat salah kat dia. Then, dia touching. So, just kill your ego and ask her/him what the heck wrong with him. Jadi orang yang concern dan sentiasa minta maaf & memaafkan.
  • Masalah sekarang, kawan sekeliling yang kenal baru 1-2-3 tahun, tak rapat mana, suka judge kita. Kita je tahu diri & niat kita. Kalau korang buat sesuatu, nyata kan niat yang ikhlas tulus setia, daripada korang. So, depends on them whether to believe you or not.
  • Jangan sesuka hati je share masalah hidup korang, especially, masalah keluarga dengan kawan, unless korang betul-betul percaya dorang
  • Be supportive. Kadang-kadang, kawan yang budu sikit, kita ikhlas support & nasihat, dia ingat kita nak tunjuk hebat gempak ayam serama je lebih or dia tak perlukan nasihat kawan or dia ingat kita berangan perfect mana nak nasihat dia, so watlek watpiece, kawan macam tuu handle dengan tenang. Jangan mengumpat kawan, please. Satu orang korang mengumpat, sepuluh orang lain kawan korang yang konon kau sayang tengah gembiranya mengumpat kau.
  • Kalau tak suka, cakap je tak suka. Jangan menipu diri sendiri ! Jangan berubah demi kawan, unless berubah demi kebaikan & kemajuan diri, dan demi Islam, demi Allah S.W.T. You know what I mean.
  • Jangan sesuka hati riang ria kuih raya, nak judge orang, especially muka & background family! Respect orang lah weh, jaga maruah orang & diri korang. Korang bukan dah kenal dia sejak dalam rahim lagi. So bila nampak orang yang literally korang tak suka, just shut up, mind your own business. Stop insulting & judging orang. Lagi bagus, kalau korang jauhkan diri from bully, racism & discrimination. Lain agama, lain budaya, lain adat, lain bangsa, lain nama, boleh je kawan.
  • Bagi pengaruh yang baik depan orang. Bagi yang Muslimah secara keseluruhan, ada baiknya sebarkan kebaikan hidup secara Islam menyeluruh dekat semua kawan korang. Korang dapat pahala, dorang yang ikut dapat pahala. Pedulikan yang:
Joyah : Weh, takyah nak bajet baik Alim ustazah lah weh, menyampah!
Joli : Kau nak nasihat aku macam kau ni tak buat dosa pulak ? Apahal ?
Jebom : Dosa aku, aku jaga. Dosa kau, kau jaga. Habis cerita~
Jepak : Apa kelas cendawan macam kau ? Hukaloh, ghappo mung nih !
Jejeh : Aku tak suka kau lah. Jangan ganggu hidup aku !

Meh aku sepak, siapa macam ni. Get a life lah weh !

  • Be yourselves. No need to be fake or pretending. Jadi diri anda sebenar, selagi tak melanggar hukum Syari'ah & adab peradaban ketamadunan akhlak manusia. Ecece, ayat ciplak buku sejarah Form Four. Kau ada ? 

Credits to mak & kakak aku (": Aku takde lah hebat sangat nak bagi nasihat, sebab aku ni sekadar Iron Girl, Pony Spark je kut. BHAAHAHAA~!     


Kawan yang baik:

  • Belanja korang makan, walaupun dia takde lah banyak duit, bila korang lapar. Dahagakan makanan sedapilicious ~!
  • Bila kau ada majlis keluarga, dia datang rumah tolong sekali.
  • Bila kau ajak pergi rumah kau, dia dengan riang ria kuih raya cornflakes, datang !
  • Bila kau ajak keluar jalan, dia keluar even though dia busy.
  • Bila ada something berlaku kat keluarga dia, or kucing ke semut kerengga depan pintu, ke siput baby dia, dia report kat kau.
  • Selalu ajak kau keluar jalan-jalan.
  • Selalu call & text kau, tanya pasal hidup kau: sihat, keluarga, kehidupan sekarang. 
  • Selalu hadiahkan kau. Lagi best, kalau dia bagi benda kau suka.
  • Bila kau sakit even demam gedik, dia datang tolong kau.
  • Bila kau sesat, dia datang cari kau, walaupun kau kat ceruk dunia mana pun, walaupun dia busy macamana pun.
  • Selalu doakan kau & keluarga
  • Selalu dengan kau, bila kau perlukan sesiapa. Gembira atau sedih.
  • Selalu tolong kau sampai dia lebam nak muntah rainbow dah.
  • Takkan bocorkan rahsia korang !
  • Takkan menipu & hipokrit depan korang !
  • Selalu jujur dengan korang. Dia akan mengaku gak, walaupun dah bunuh seekor semut hitam depan kau.
  • Bila kau  susah, dia tolong, walaupun dia lagi susah daripada korang.
  • Bila kau lambat menyiput baby, dia tetap tunggu kau berjam-jam  walaupun kena maki dulu.
  • Bila gaduh dengan korang, dia terus maafkan kau. Gaduh sekejap je der~
  • Tegur korang buat salah ! Bukan nya diamkan kesalahan korang, supaya boleh jaga hati kawan.
  • Selalu tanpa segan silu, cakap: "Aku sayang kau~ Aku rindu kau~" Lagi lagi, kalau kau dapat kawan yang ego, tetiba cakap macam tu kat kau, tandanya dia ikhlas lettuw.
  • Takkan jadi back stabber
  • Akan tegur bau ketiak kau busuk macamana, tegur kau dress-up macamana
  • Tahu apa yang kau suka, at least.
  • Faham kau macamana, sudah ~
  • Ingat hari jadi kau ? Bagi hadiah lai lai ~
  • Tak kedekut pun. Nak test ? Cuba pinjam IPhone 4S or Blackberry Bold 5, tengok dia bagi ke tak. Melampau doh.
"Biasanya, kawan baik macam atas ni, susah nak dapat. Biasanya, korang tak sedar pun kehadiran kawan baik korang ni, dulu tak pernah bertegur pun. Biasanya, kawan baik macam atas ni lah, kita benci, kita tak suka, kita pulaukan dia, kita buat budu cendol cencaluk Minangkabau dengan dia. Sebab, kita sibuk hiburkan & jaga perasaan hati jiwa & raga kawan yang langsung tak pernah risaukan kita, tak pernah suka kita, kutuk kita kat belakang. Nak dapat kawan yang baik, jadi lah kawan yang baik. Baik dengan semua orang, so semua orang kawan baik korang (: "

So far, aku boleh share yang atas tu je lah. Serious, bukan copy-paste. Based on my sister's & mom's experiences and advice. Hmm, dah habis kan ?

Wassalamualaikum & Good Luck !

P/S:
Aku bukan lah kawan yang baik, aku teruk. Aku ni self-obsessed, self-contained, self-fish dan kadang-kadang mulut jahat macam joyah punya kembar ! So, now, aku nak berubah mengikut kesesuaian diri aku. Susah nak jaga hati semua orang, so baik aku jaga hati aku dulu, baru semua orang. Aku ingin hirup angin perubahan yang baik untuk proses respiratori setiap sel-sel tubuh badan aku, supaya aku boleh jadi insan yang baik sentiasa baik dengan semua orang. Trollol~ bersastera tak agak. 

PP/S:
Lupa nak warning. Post ni bapok panjang wallawae. Sorry lah.