Pages

Saturday, July 9, 2011

Ayah saya !

He is struggling to lead a better life:
mentally & physically & emotionally


Well, hi again.

As I promise, I will do extra post. I will tell you what was exactly happen on June. These were from my daily diary ever since the tragedy happened. It leaves traces in my heart and I start to scare & aware of it. So you guys, please love everything around you & appreciate them. 

"This isn't a story..."
- Collin (Steps by Wicked Steps)



13th June, 2011 - Monday
Ayah masuk hospital. Dia terkena serangan sakit jntung semasa menunggu mak turun dari ofisnya. Ayah nangis tak terhenti-henti. Aku dari asrama, sedang prep terdengar panggilan. Satu keluarga muram. Satu keluarga sedih. Satu keluarga nangis.
Kerana seorang ayah yang hebat hampir tewas melawan peritnya.


14th June, 2011 - Tuesday
Nangis byk kali risaukan ayah & mse dpn kami sekeluarga lps ni. Ayah dah mula gerak2 tp xsdr lg, maksudnya koma. 


Ya Allah, sihatkanlah ayah aku. Berilah kekuatan kepadanya untuk bangun dari koma. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Ghafur, ampunkanlah dosa dosanya, terdahulu dan kini, sama ada kecil mahupun besar. Terimalah segala ibadatnya Ya Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat dan Maha Pengampun.


15th June, 2011 - Wednesday
Ayah dah stabil tp perlukan rawatan & abntuan prnafasan. Dah boleh cakap dgn ayah. Ayah stabil dah buka mata, dah boleh ckp, still guna alat prnafasan. Ayah okay. Mata ayah kuning, dan air mata masih berbekas. Ayah duduk otai je, cm dia selalu buat time tidur. Ayah okay tp demam. 


Takpe Allah selamatkan ayah, Moga Allah ampunkan segala dosa ayah, dan ringankan beban ayah, dan kurangkan keperitan ayah rasa. Moga Allah kuatkan semangat mak & kami sekeluarga. Kabulkan doaku.


16th June, 2011 - Thursday
Ayah betul2 sedar! Aku masuk ayah nangis, ayah boleh cerita apa yang dia rasa, cerita apa yg berlaku kt dia. Dia bgtau jantung dia pernah berhenti, tangan kaki dah tak bergerak, hitam, biru semua. 


Sekarang dah okay sikit. Doktor masukkan ubat cairkan darah dalam darah dia, supaya boleh cairkan darah beku kat saluran jantung dia. Dia kena dedar, batuk & kahak. Kaki lenguh sebab kena baring je kan. Jantung lemah lagi, tak boleh sedih sangat/ stress nanti pressure darah naik tinggi, jadi kronik kang. Ayah sedih fikirkan orang sekelilingnya, so kitorang ingatkan ayah supaya ingat Allah & jgn fikir bnde lain dah. 


Itu je peluang kedua yang Allah berikan untuk ayah, supaya ingat Allah & bertaubat. Semoga Allah berikan ayah petunjuk & terangkan hati ayah untuk sentiasa menyebut & ingat nama Allah. Sembuhkanlah penyakitnya & lancarkan sistem peredaran darah dalam badannya. Hilangkan darah beku di jantungnya & kuatkan semangatnya. Amin.


17th June, 2011 - Friday
Ayah dah boleh gurau dgn aku. Still, kepala dia sakit. 


18th June, 2011 - Saturday
Ayah sedih. Esok dah kena balik asrama.



21st June, 2011 - Tuesday
ayah discharge. Hari Jadi dia pun ! YAY , Allah panjangkan umur dia, Alhamdulillah ~! Syukur, Ya Allah. Syukur, Ya Allah ! Syukur, Alhamdulillah ~ !


22nd June, 2011 - Wednesday
As soon ayah balik, actually, dia terus menghadapi kemurungan yang kronik & sedih sangat. Aku pulak, anak apalah nak jadi, takreti reti nak call dia! Sedih, bangang ! ==' Ayah stress, dia asyik fikir je. Esoknya, pada 6.45 petang, dia kena Strok Phase One.


23rd June, 2011 - Thursday
Aku kat asrama, whole day was Add Maths Learning. Aku sakit mata & critically pening. Kepala ting tong habis, memang cun aku jalan, langgar semua benda. Mata aku tak nampak wehh ! Nampak putih, flashing lights as if I was taking a model photoshoot. 


And, at the same time, ayah aku pun sama. Exactly felt what I felt. Ayah saya, mula pening pening, matanya blur-ish and then, tak nampak. Ayah masuk hospital lg sbb strok. Mata kanan dia taknampak. So, dalam pkul 7 dia masuk. Dia sedar bila aku dah sampai. Okaylah tuh. Then dia masuk wad tingkat 4. Trivia, time kena tuu, dia tulis nama aku atas kertas, then sebab tuu lah, aku disahut oleh kakak saya, Adibah Sukaria. Datang-datang je, 


Ayah: Kenapa Akak datang ? Akak kan sibuk kat asrama...
Aku: Takpelah Ayah, memang Akak patut ada kat sini. Ayah kaan ayah akak.
Ayah: Kenapa Akak datang sini ? 
Diba: Bukan Ayah tadi yang panggil dia ?
Mak: Entah, Abang (Ayah) ni. Tadi kan Abang ada tulis nama dia kat kertas.
Ayah: Mana ada aku tulis ! Aku tulis nama Osman lah !


Semua gelak. Eleh, ayah. Dah rindu, cakaplah. HO HO HO ~ !


24th June, 2011 - Friday
Menziarah ayah lagi. Pagi-pagi, dia kena strok kali ke-2, kesian. Ayah time ni takde kudrat nak cakap sangat macam dulu. Sedih sangat.


25th June, 2011 - Saturday
Tengok ayah. Tapi tak banyak sangat cakap dengan ayah. Sedih sangat. Ayah dah jadi sangat lemah ! :( Malam ni, nurse tetibe bagi ubat yg patutnya ayah aku tak boleh lgsung telan & makan & minum. Dah lah ada tiub dalam badan dia, so macamana ubat nak masuk betul betul. Sedih ! Ya Allah, larutkanlah ubat itu dalam badannya, janganlah jadikan ubat itu punca jantung ayah aku menjadi lemah Ya Allah. Kurangkanlah keperitan yang dia rasai. Amin.


26th June, 2011 - Sunday
Ayah gembira, senyum bukan main melebar. WAAH ~ !
Tapi, aku buat rekod dunia. Menziarahi ayah kurang daripada 5 minit, hanya sempat salam je ==' Muka kental je, senyum lagi depan budak asrama, dalam hati, siapa tahu. Sedih, sedih, sedih.



30th June, 2011 - Thursday
Ayah balik, YAAAYYAAAYH !
Ayah balik, YAAAYYAAAYH ! 
Ayah balik, YAAAYYAAAYH ! 
Ayah balik, YAAAYYAAAYH ! 
Ayah balik, YAAAYYAAAYH ! 
Syukur, Alhamdulillah ! Syukur, Alhamdulillah !
Terima kasih, Allah yang Maha Penyayang !


1th July, 2011 - Friday
Dapat outing lamma killer, from 10.00 a.m. untill 6.00 p.m. YEAH ! 
Saya ambil kesempatan pulang ke rumah, tengok ayah dengan harapan dia senyum, tak perlu kata apa-apa. Senyum ! Unfortunately, he wasn't smile at all. Entah lah, duduk rumah memang bosan, lagi lagi bila semua benda kau tak boleh buat. Itulah yang ayah aku rasa. Well, itu ujian yang diberi oleh Tuhan Maha Berkuasa, Allah SWT. 


Berilah dia kudrat untuk melaksanakan segala perintah-Mu, ya Allah. Alhamdulillah atas segala yang kau lakukan terhadapnya, ya Allah, Allah yang Maha Penyayang dan Mengasihani setiap hambanya. Amin.


P/S: Ayah saya makin sihat sekarang, Alhamdulillah. Tapi, macam biasa, eksperisi mukanya mencuka selalu. Cubalah buat muka mengkicap manis selalu. Semua rakyat jelata suka tau.


Nama ayah saya ialah Mohd Zulfadzli Bin Baok
Terdapat satu mitos mengenai nama ayah kepada ayah saya, iaitu Atuk Baok. Alaa, mak aku punya mitos tersendiri. Baik jangan tau, nanti korang gelak terpusing usus korang. Pada tanggal 21 Jun 2011, umurnya menjadi genap 56 tahun dan tahun inilah, tahun pertama beliau menyambut hari lahirnya di hospital. 


Ayah memang hebat. Dia paling sayangkan anak-anaknya, tiada terkecuali.
Dia sanggup buat apa sahaja, demi orang tersayang: keluarga dia. Benci benci pun, bebel bebel pun, jangan risau...dia sayang lagi kat kau. Camtulah dia, percayalah. 


Luar nampak garang killer, mampu membunuh sesiapa yang jeling perut dia. Tapi, hati dia lembut tau. Biasalah, laki memang camni. Hati ayah, luar nampak keras, dalam, lembut bak coklat Cadburry Dairy Milk. Janganlah sesekali sakitkan hatinya, walau apa pun jadi. Dia takkan tunjuk keperitan yang dia rasa, kau sebagai anak takkan tau apa dia rasa. 


Ayah saya, macam-macam boleh buat. Semua benda: basuh baju, jemur baju, lipat baju, jahit baju, masak, buat ulam, baiki lampu, baiki paip, baiki bumbung, baiki TV, baiki streka, cat dinding, baiki kereta, jaga kucing, shopping, berbakti kepada tanah & macam macam lagi. Bukan nak kata apa lah. Aku nak suami aku macam dia.


Aku kenal ayah aku macam mana. Sejarah hidup dia, sekadar tahu berapa rumah dia pernah duduk, sambil mendeskripsikan keadaan & persekitaran rumah itu. Ye lah, dia ulang banyak kali dari aku mula pandai bercakap sampai sekarang.


Kesimpulannya,
Sayangilah ayah anda sentiasa. Rahsia kejayaan saya selama ini ialah,  sentiasa melebihkan ibu bapa dulu, dalam apa-apa jua keadaan. Sayangilah mereka sekarang, selagi nyawa segar dalam badan mereka. Hargailah mereka sentiasa, luahkan rasa sayang kepada mereka, buanglah rasa malu tak bertempat tu. Mentaati & menyayaying ibu bapa & berbakti kepada mereka, serta berbuat baik kepada mereka perkara yang paling dituntut dalam Islam.




Selamat malam ;B