Pages

Sunday, January 15, 2012

Right After SPM:

Assalamualaikum & Greetings.
Maaflah, saya dah tak rajin buat fancy fancy dengan handmade header, blog, and all sorta sorta. Saya buat apa sahaja yang saya mampu, kan saya dah kata saya ni malas & ringkas orangnya. Sorry, am I too humble? I guess not.

Right after SPM,
APA AKU BUAT?


First: Aku & TV, Internet
Saya tengok drama & variety shows habis habisan. Mostly, disebabkan aku hilang sabar teramat sangat & sangat tak suka video buffering twentyforseveneleven, aku baca drama recaps. Pemalas, kan? Seingat aku yang lupa ni, aku tengok:

Man of Honour . Hana Yori Dango 1&2 . Deep Rooted Tree . MBLAQ Kkael Player . You're Beautiful . The Partner . Scent of a Woman . Strong Heart . Music Bank . K-Wave Station . JK Hits . MTV TA-DAAH It's MyName . Invincible Youth 2 . 

...ada lagi lah, tapi aku tak ingat.

Second: Aku & Kerja
Pursuing for a job. No, saya tak boleh kerja. Parents saya tak bagi, sebab "Siapa nak jaga ayah & mak yang sakit ni?" Yes, tu lah sebab aku menganggur. Pwehheh

Aku pernah dapat tawaran as Pre-school Tacher, unfortunately aku declined kerja tuu, sebabnya, "Siapa nak jaga ayah & mak yang sakit ni?" Ha'ah, sebab tu. So, jangan tanya, "Anis, kau buat apa sekarang ni?" or "Anis, kau kerja kat mana?" or "Anis, kata lepas SPM, nak kerja, aku tengok kau hangout memanjang..." or "Anis, kau tak kerja kah?"

Nak aku jawab macam ni: "Ha'ah, tengah kerja lah ni, kerja aku sekarang, gali kubur untuk kau tak pun fikir strategi nak kerat mulut kau macamana..." Nak? Aku ni panas baran orangnya, kalau buat awek, memang tak cun bersama. So, cakap lah apa korang nak cakap. Aku tak kisah sangat.

Third: Aku & Lesen
Aku & lesen kereta. Ya, puan-puan, aku dah amik lesen kereta. Currently I'm waiting for my LDL. Aku lulus ujian last time, I mean, semalam lah lulus. Awkward lah, buat semua benda sorang sorang, paling best kawan baru kau tuu not even a Melayu or Muslim, kawan baru aku sorang Indian, sorang lagi Chinese. Ada lagi, aku dapat kawan Melayu juga turut seorang kawan kepada kawan lama aku Anis Syafiqah. Anyway, saya lulus, Alhamdulillah.

Saya tengah tunggu lesen L saya, then boleh practice bawa kereta secara halal. Then, counting counting, next month, boleh bawa dah.

Fourth: Aku & Business
Kan aku ada cakap aku nak buat business online. Tapi aku ni cakap tak serupa bikin sikit, propa memanjang. Barang & stock dah ada, still jadi. Masalahnya, stock provider tu macam propa gak sama je macam aku, kadang-kadang nak, kadang-kadang tak nak. Aku sepak pakai kasut 5-inches aku ni kang, baru kau tau, kedalaman perit kau bagi padaku ini. Chewwaah ~!

Fifth: Aku & Game
Aku dah lama tak online game aku ni, apa nama dia...Dragon Nest. Display name aku KacangKuda weh, add tau. Sekarang aku noob lagi, baru level 18. Susah do, nak main bagi orang noob macam aku. Kau apahal nak ejek aku? Tau tak, sejarah game aku paling hebat la... aku pernah level 180 dalam Ragnarok Online tau, tapi malangnya disebabkan aku main secara haram, aku punya game tu terus rosak. Then, forever lah aku tak dapat sentuh itu level 180 tuu TT^TT Betul, aku nangis weh.

Sixth: Aku & Anime, Manga, Doujinshi
Right after anime, aku tengok anime & manga balik. Last time kemaruk anime bila aku Form One. Tuu last time lah, then sekarang dah kemaruk balik. Aku tengok:

Bleach . Naruto Shippuden . Fairy Tail . One Piece . Nana . Beelzebub . Tegami Bachi . Dragon Ball . KuroShitsuji . Hell Kitchen . Death Brigade . Lovely Complex . Yu Yu Hakusho

...ada lagi lah, tapi aku tak ingat.

Seventh: Aku & KPop
Untuk makluman anda, saya masih minat JPop & JRock. Tapi, KPop ni memang berkesan killer impact dia terhadap diri saya yang innocent ni. Jadi, maafkan saya lah. SAya minat KPop, jangan tanya saya: "Apalah best KPop ni...tergedik sana sini, seluar ketat sana sini, suara edit suara mesin sana  sini, muka plastik sana sini..." Jangan tanya, sebab semua jawapan tersedia untuk soalan tuu. Tiap tiap hari aku dengar KPop ni, tengok vid, news pasal dorang, segala bagai. Mak aii...

Ah, saya ni A+, alaa, peminat MBLAQ. Jadi, tak kesah lah kan kalau ada SPAM gambar Cheon Dung merata-rata kat sini. Almaklumlah, saya kan peminat dia >////<

Eighth: Aku & Hangout
Aku hangout dengan kakak aku je selama ni, nak hangout dengan kawan err...dorang jauh sangat. Ada yang Cheras, Damansara, Kajang, Wangsa Maju, Setiawangsa, Gombak, Sentul, Putrajaya dan PLKN. Jadi, saya berjauhan dengan mereka :')

Sebab tu saya hangout dengan kakak saya. Gembiralah jugak, tak pernah tak best.
Orang kata, "Untunglah, ada kakak..." Ha'ah aku untung. 

Ninth: Aku & Relationship
Tak, tak, tak de sekarang ini. Saya tak rapat dengan mana mana pun. Almaklumlah, lelaki kata saya sombong orangnya. Pweheheh, who cares.

Tenth: Aku & Bodyweight Championship
Pweheheh...bodyweight championship konon. Aku exercise do, percayalah korang. Aku skipping macam apa ntah, Sitambara tengok aku macam gila do. Aku skipping, lari lari itik, window shopping, memasak, diet, silat, menari...pweheheh. Percayalah, korang kena support aku do. 

Eleventh: Aku & Sitambara
Aku ada kucing baru, Sitambara nama dia, shorts for Tam Tam. Pweheheh...
Aku memang sayang gila kat dia weh, badan aku berparut semua disebabkan dia dia dia. Aku bagi makan kat dia, sekarang dah gemuk weh. Aku mandikan dia, sekarang dah tiada kutu. So, gunalah shampoo Frieskies. 


Twelfth: Aku & Rumah 
Hehee. Aku sekarang ni surirumah tegar do. Masak, kemas, makan, tidur, bebel, jemur, basuh baju, minum, tumpah, selerak, SMS, Online, shopping, semuanya aku buat. Aku kena buat weh, kalau tak siapa lagi ?


Thirteenth: Aku & Artwork
Aku malas nak lukis, I don't know why padahal boleh buat duit do. Aku dah kaya sekarang ni. Tapi semua benda kena ada modal, modal tu pulak actually duit. No money no talk...and no maths. So, artwork tuu hobby aku je. Kan haritu aku kata nak buat comeback konon, project aku tuh. Ptuuuih! Proppa je memanjang, menyampah pulak dengan aku ni =='


Fourteenth: Aku & Kawan Lama 
Dah cerita tak aku keluar dengan kawan lama aku hari tu ? Belum? Tak pe lah, tak nak pun. Bukan apa, saja tak nak share. Cukuplah sekadar heboh di facebook. Kawan aku tu dari Putrajaya, kawan lama dari tadika lagi. So, memang tak pernah lupa kat dia lah, sebab rapat gila dengan dia.

Aku terserempak kawan lama aku Anis Syafiqa pun dari SK Sri Delima. Memang tak sangka killer lah, jumpa dia. Dah lah setahu aku dua kali terserempak dengan dia. Jodoh kut, pweheheh. Yang lain, terserempak di Facebook memadai lah, aku dah tak sanggup terserempak secara live do. Serious tak sanggup.

Oh tak sangka dah sampai 14 benda aku list kan ni...teringat kumpulan Fourteen. Pweheheh, maaflah saya bukan fan dorang, lagu pun saya tak suka. 


Fifteenth: Aku & Blog  
Aku malas nak update blog. Ada niat, tapi malas. Apa nak buat kan. Lagi pun, aku dah tukar URL ni, and aku tak hebohkan pun kat sesiapa jadi, tak de orang lah nak baca, siapa terbaca ni pun, terima kasih je lah sebab baca. Habis nak suruh aku buat apa kalau dah korang baca blog aku ni? Yang penting, Aiman tak bersalah. *tetiba


Sixteenth: Aku & Facebook
Memang...memang aku tiap tiap hari online. Tapi aku jarang layan orang. Ya kah ? Tak. Ikut mood. Nak layan, layanlah. Tak nak, aku log out, biarkan dia cakap sorang sorang. Orang kata, perbuatan macam tu tak baik, menyinggung perasaan orang lain. Tapi, kalau tiap-tiap hari kena jaga perasaan orang yang kita bercakap pun bukan nampak muka, memang problem gila lah kan, aku bukan suka pun. Aku online untuk update & like post :) Hehee. 


Seventh: Aku & Dislikes
Aku tak suka strangers IM aku, or anyone IM then tanya digits aku. Kau dah lah strangers, tetiba nak digits aku apahal weh? Kau ingat aku nak bagi? Aku bagi, aku bagi...bagi ayah aku punya. Dia layan korang punyalah memandang kan tiap tiap hari Digi yang SMS ayah aku :3 

Ada je benda aku tak suka. Tapi, aku tak suka apa yang dia ni tak suka jugak:

Aku & Anis Zulfadzli
Hehee, cuak jugak lah actually nak tunggu result SPM ni sebenarnya. Haritu aku baru apply UPU, lesen kereta, rasa macam semua benda cepat belaka berlaku. Then, haritu ada event kat AKSB where was my hostel, aku tak datang. Hehee, malas kut. Sorry lah kepada siapa mengharap. Actually, aku takut nak show up, risau korang tak boleh terima kenyataan yang aku bukan aku yang dulu. Aku ni cun sebenarnya, orang tak kenal kata aku dah kahwin lah, kata aku dah ada anak lah, kata aku dah tua lah, kata aku dah ada boyfriend lah. Hehee, serious ? Nanti mesti aku dapat suami muka muda lah kan kan ? Sorry menceceh di sini.

Sekian, wassalamualaikum.